Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Umno, BN gagal kuasai Twitter, TikTok raih sokongan orang muda -

Umno, BN gagal kuasai Twitter, TikTok raih sokongan orang muda

UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih gagal dalam aspek penyampaian maklumat kepada pengundi muda menerusi media sosial terutama Twitter serta TikTok.

Jurucakap Siswa UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, kegagalan melaksanakan strategi berkenaan bakal memberi kesan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Justeru, katanya, UMNO perlu bergerak merangka strategi bermula sekarang atau bersedia berdepan dengan kegagalan.

“UMNO harus ubah taktik yang tertumpu kepada media sosial dengan menembusi Twitter dan pelbagai platform lain.

”Kalau UMNO masih belum mahu berganjak, janganlah sedih seandainya kita kalah dalam PRU-15 nanti,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) semalam. 

Dalam pada itu Wan Muhammad Zuhir  berkata, UMNO perlu menyediakan ruangan khas untuk orang muda membantu parti menyampaikab hala tuju kepada golongan berkenaan.

“Apa polisi UMNO untuk ‘tangkap’ anak muda. Perlu sediakan subjek literasi  politik kepada orang muda bagi menghadapi PRU-15,” katanya.