Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Operasi pencarian Eric dihentikan - Polis -

Operasi pencarian Eric dihentikan – Polis

OPERASI pencarian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie, di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak Ahad lepas, telah dihentikan pada 6 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata walaupun pelbagai inisiatif pencarian telah diambil pasukan operasi, namun pencarian Eric telah terbatas oleh beberapa faktor antaranya bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut. 

“Sehingga kini, operasi pencarian belum mendapat sebarang petunjuk. 

“Pasukan siasatan akan meneruskan tumpuan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk yang ada,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, malam ini.

Ashmon berkata pihak polis juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam mengenai kes tersebut.

Pada 14 Mac lepas, polis telah mengklasifikasikan kes kehilangan Eric sebagai kes bunuh melibatkan dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, kanak-kanak itu telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas.- BERNAMA