Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] UMNO tidak ada tawaran menarik kepada golongan Undi18 - KJ -

[VIDEO] UMNO tidak ada tawaran menarik kepada golongan Undi18 – KJ

UMNO setakat ini masih belum mempunyai tawaran yang menarik untuk ditawarkan kepada pengundi pengundi muda khususnya mereka yang berada dalam kelompok Undi18 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Justeru, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, partinya itu perlu melihat sekiranya kelompok Undi18 ini keluar mengundi apakah yang boleh ditawarkan UMNO kepada mereka.

Oleh sebab itu, kata beliau, UMNO khususnya sayap-sayap parti perlu memberi fokus kepada mereka bekerja keras untuk menarik perhatian mereka yang masih belum mempunyai keyakinan untuk mengundi.

“Kalau lebih ramai undi 18 keluar apa tawaran kita kepada mereka? Takkan kita kata soal kerjaya dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) sahaja?

“Sudah tentu mereka mahu mendengar lebih daripada itu dan inilah yang memerlukan sedikit masa dan juga pertimbangan oleh menteri-menteri UMNO dalam kerajaan,” katanya.

Beliau kata demikian dalam sesi temubual secara langsung di Agenda Awani sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.

Khairy dalam masa sama berkata, jika lihat pada jumlah undi, jelas Barisan Nasional (BN) telah menang, tetapi jika dilihat pada jumlah pengundi yang keluar, tidak setinggi Pilihan Raya Umum (PRU).

Jelas beliau, ini bermakna UMNO tidak boleh ambil midah mengenainya dan perlu mengkaji sebab mengapa pengundi tidak keluar dan jika kelompok ini keluar sekiranya PRU diadakan, kepada siapa mereka akan beri undi.

“Saya tahu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kata ‘strike while the iron is hot’, memang benar ‘the iron is hot now’.

“Tetapi, dalam keadaan pertandingan yang apa? Keadaan pertandingan yang sebahagian besar tidak balik mengundi? Bukan tidak mahu PRU, tetapi saya rasa keyakinan kita sedikit prmatang,” kata beliau. – SB