Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Cubaan burukkan imej Tengku Zafrul -

Cubaan burukkan imej Tengku Zafrul

CUBAAN memburukkan imej dan kredibiti Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui media sosial berterusan dengan laporan terkini mendakwa beliau meletak jawatan. 

Surat bertarikh 16 Mac 2022 itu menggunakan nama dan tandatangan Tengku Zafrul yang mendakwa kononnya beliau meletak jawatan sebagai menteri kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Keputusan itu berikutan beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWAP) sebanyak RM10,000 secara one-off kepada pencarum. 

Sebelum ini, Tengku Zafrul pernah menegur laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia (UM) di dalam portalnya yang menimbulkan persoalan seolah-olah beliau telah meletakkan jawatan.

Laporan itu merujuk kepada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) yang dilakukan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah di Parlimen, dan bukannya oleh menteri kewangan sendiri. 

Tengku Zafrul menjelaskan, pembentangan oleh Mohd. Shahar itu adalah berdasarkan perancangan pihak kementerian seperti yang dilakukan pada tahun lepas.

Katanya, pada hari pembentangan itu, beliau mempunyai urusan peribadi yang tidak dielakkan. 

Berikutan itu, beliau menasihatkan agar akhbar arus perdana itu agar membuat pengesahan dengan pihaknya sebelum mengeluarkan laporan yang sedemikian dan berlaku adil dalam melaporkan berita. – SB