Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anggota PGA maut dipercayai ditembak -

Anggota PGA maut dipercayai ditembak

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya di Jalan Riam, Miri, Sarawak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari mengesahkan kes terbabit dan setakat ini disahkan sebagai kes mati mengejut (SDR).

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat,” katanya, memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi kejadian selepas menerima makluman berhubung kejadian pada jam 7.50 malam.

Pada mulanya, insiden ini disangka hanya kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa melanggar sebatang pokok tepi jalan.

Namun pemeriksaan lanjut menemukan kesan tembakan pada bahagian rusuk kiri mangsa.