Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nazmi Faiz digugurkan susulan kecederaan pangkal paha -

Nazmi Faiz digugurkan susulan kecederaan pangkal paha

KETUA jurulatih pasukan bola sepak negara, Kim Pan Gon menggugurkan pemain tengah, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dari skuad Harimau Malaya susulan kecederaan di pangkal paha.

Pan Gon berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berumur 27 tahun itu mengalami kecederaan semasa menjalani kem latihan berpusat di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin.

“Pengurusan pasukan negara memutuskan untuk tidak memanggil pemain ganti, dan meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada ketika ini,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu. 

Semalam, Pan Gon memanggil pemain tengah Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, yang berada dalam senarai menunggu, bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok, yang didapati positif Covid-19.

Terdahulu jurulatih dari Korea itu telah memanggil pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee bagi menggantikan pemain JDT Syahmi Safari, yang terdahulu memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiga.

Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar. – Bernama