Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Khairuddin rasa pandangannya paling betul, semua pihak lain salah' - Pemuda PAS Kuala Nerus -

‘Khairuddin rasa pandangannya paling betul, semua pihak lain salah’ – Pemuda PAS Kuala Nerus

PEMUDA PAS Kuala Nerus terkilan dan kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Bebas Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengaibkan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang di khalayak.

Mereka turut membidas Khairuddin yang berasakan pandangannya adalah benar dan paling betul hinggakan semua pihak dianggapnya salah.

“Kemaruk mengejar menang sampai lupa dasar dan disiplin. Cuba meroboh bahtera ini walaupun mungkin yang bermasalah (menurut pandangan YB) hanya beberapa kerat.

“YB, jemaah mana yang sempurna? Kita semua makhluk. Kesempurnaan hanya milik Ilahi. Adakah YB mahu mengajar ahli PAS jika orang tidak menerima pandangan kita, kita keluar parti dan menyerang dari luar?

“Adakah YB mahu mengajar ahli PAS jika kita tak mampu ikut disiplin parti, kita keluar parti dan buat sesuka hati? Adakah YB mahu mengajar ahli PAS jika tak puashati, boleh menyerang di media?,” soal mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda PAS Kuala Nerus membuat kenyataan itu susulan ulasan Khairuddin menerusi bual bicara dengan Bernama.TV malam tadi yang mendakwa terdapat banyak kecelaruan dalam parti itu di peringkat pusat.

Khairuddin juga mendedahkan Abdul Hadi mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa mendapat kelulusan Majlis Syura Ulamak dan Muktamar PAS.

Dua hari lalu, Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Pemuda PAS Kuala Nerus membidas kemungkinan Khairuddin tidak mengerti atau faham strategi semasa parti itu.

“Insya-Allah kami di Kuala Nerus berikrar akan terus berkhidmat kepada jemaah ini sampai mati. Walaupun wakil rakyat yang kami angkat mewakili jemaah ini di kerusi Parlimen Kuala Nerus sudah meninggalkan kami, semangat kami untuk membawa obor Islam melalui jemaah ini tidak akan pernah pudar.

“Kepada seluruh anggota PAS Kuala Nerus terutama pemuda, usah bersedih lagi dengan sikap YB kita. Ambillah episod ini sebagai iktibar bahawa istiqamah bukan perkara mudah. Tunjukkan akhlak Islam dalam sebarang respon terhadap isu ini.

“Kepada rakyat Kuala Nerus, usah gusar dengan sikap YB kita. Pemuda PAS Kuala Nerus bersedia mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan kalian walaupun tanpa YB, sebagaimana telah kami buktikan sebelum YB dipilih. Kami yakin ADUN-ADUN dan penyelaras yang ada akan terus berbakti seperti sedia kala.

“Kepada YB Takiri, kami tidak akan bermusuh dengan YB, dengan syarat YB tidak menganggap kami musuh. Ukhuwwah fillah antara kita akan terus bertaut, selagi YB tidak memilih mana-mana entiti lain yang tidak berlandaskan Islam sebagai wadah baharu.

“Selamat jalan YB dengan haluan yang dipilih,” kata kenyataan itu. – AgendaDaily