Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: Peratusan mengundi rendah gugat proses demokrasi - Anwar -

PRN Johor: Peratusan mengundi rendah gugat proses demokrasi – Anwar

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tren peratusan keluar mengundi yang rendah dan mendukacitakan boleh menggugat proses demokrasi di negara ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, pihaknya tetap akur dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang telah dibuat oleh rakyat negeri tersebut.

“Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor. PKR akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor.

“Kita amat khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi yang amat mendukacitakan dan boleh menggugat proses demokrasi,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Dalam pada itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 1,426,573 atau 54.92 peratus orang telah keluar mengundi pada PRN Johor kali ini.

Anwar turut memberikan penghargaan kepada penyokong dan jentera parti yang telah berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang PRN.

“Keputusan ini juga ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) kelak,” ujarnya. – SB