Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN menang tiga kerusi dalam PRN Johor -

PN menang tiga kerusi dalam PRN Johor

PERIKATAN Nasional (PN) memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baru sahaja menutup tirainya pada malam Sabtu.

Ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh Datuk Dr. Saharuddin Jamal di DUN Bukit Kepong (majoriti 2,556 undi); Alwiyah Talid di DUN Endau (majoriti 3,041 undi) dan Abdul Aziz Talib di DUN Maharani (majoriti 1,037 undi).

Persaingan utama di Bukit Kepong dan Endau adalah antara PN dan Barisan Nasional (BN) di mana calon-calon BN iaitu Ismael Mohamed dan Mohd. Youzami Yusof yang masing-masing hanya berjaya meraih 9,163 dan 5,392 undi.

Sementara persaingan utama di Maharani adalah antara PN dan PH yang mana calonnya daripada Amanah, Nor Hayati Bachok hanya meraih 6,522 undi.

Pakatan Harapan (PH) pada PRN ini pula berjaya memenangani 12 kerusi daripada 56 kerusi yang ditandingi manakala parti baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang diwakili Amira Aisya memenangi kerusi Puteri Wangsa.

PRN Johor ke-15 ini dimenangi oleh Barisan Nasional yang mendapat majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang ditandingi. – SB