Kemenangan di DUN Maharani buat semua – Abdul Aziz

0
555

BERIKUT adalah ucapan calon Perikatan Nasional, Abdul Aziz Talib yang memenangi kerusi DUN Maharani, sekaligus menumbangkan penyandang Nor Hayati Bachok dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu:-

“Kemenangan ini satu pinjaman daripadaNya.

Alhamdulilllah, saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah atas kemenangan di Dun Maharani ini.

Tidak salah saya katakan pengalaman hari ini merupakan pengalaman yang cukup indah bagi diri saya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada isteri yang menjadi tulang belakang saya bersama anak-anak. Para petugas yang sangat komited tanpa mengenal erti penat lelah.

Sahabat handai yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada saya.Paling saya hargai dan tidak dilupakan adalah sokongan para pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa harapan mereka di Dun Maharani.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya bukanlah siapa-siapa dalam hidup mereka tetapi pesanan dan mesej yang saya terima sudah cukup membuatkan saya bahagia dan dihargai.

Akhir kata, kemenangan ini adalah milik anda semua yang telah bertungkus lumus bekerja sebelum bermulanya lagi pilihanraya kali ini. Kemenangan ini adalah satu ujian buat saya untuk menggalas amanah baru sebagai YB (Yang Berkhidmat) di Dun Maharani.

Insyaallah, saya berazam untuk meneruskan legasi Dr Mohammad Taslim di Dun Maharani ini dengan memberikan khidmat terbaik kepada anda semua.

Saya akhiri dengan serangkap pantun yang direka khas untuk warga Maharani yang saya kasihi.

Tanjong Emas bersih dan indah, Tumpuan pengunjung Timur dan Barat,Kemenangan ini satu amanah,Warga Maharani medan berkhidmat.

Mohon doakan saya sahabat.

Salam ukhuwah dari saya,

Cikgu Aziz Talib,Yang Berkhidmat untuk Maharani.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here