Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: Perancis bakal mulakan suntikan dos keempat -

Covid-19: Perancis bakal mulakan suntikan dos keempat

PERANCIS akan mula menawarkan suntikan dos keempat vaksin COVID-19 kepada mereka berumur lebih 80 tahun selepas menerima dos penggalak, kata Perdana Menteri Perancis Jean Castex.

Kempen vaksinasi juga akan diperluaskan kepada mereka yang menghadapi masalah sistem ‘immunocompromised’, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata daripada 4.1 juta penduduk Perancis yang berumur 80 tahun ke atas, 3.1 juta telah mendapat dos penggalak. 

Perancis menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 dan menurut Agensi Kesihatan Kebangsaan negara ini melaporkan 72,443 kes baharu pada Sabtu.

Selain itu, Perancis turut akan memansuhkan syarat pas vaksin sebelum memasuki tempat awam dan pemakaian pelitup muka.  

Meskipun peraturan dilonggarkan, beliau berkata mereka yang berisiko digalakkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan sesak.- BERNAMA