Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor:BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN? -

PRN Johor:BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN?

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KETUA Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Tweeter miliknya memberitahu, BN kini sedang mendahului dalam proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“BN sedang mendahului di 34 kerusi Dun, Alhamdulillah,” ciapnya dalam Tweeter miliknya, sebentar tadi.

Proses pengundian PRN Johor, yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas 1,021 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dari 4,638 saluran dibawa ke 56 pusat penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi PRN Johor diumumkan malam ini.

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini. – SB