PRN Johor:BN dahului pengiraan 40 kerusi DUN

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BARISAN Nasional (BN) kini mendahului pengiraan undi untuk 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengiraan tersebut setakat pukul 7.40 malam melibatkan 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang ditandingi BN pada PRN Johor.

Melibatkan kerusi DUN Buloh Kasap, Kemelah, Tenang, Bekok, Tangkak, Serom, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Yong Peng, Semarang, Senggarang, Rengit dan Machap.

Ini termasuk Layang-Layang, Mahkota, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Larkin dan Kempas. – SB