Muhyiddin, isteri mengundi di Maharani

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada pukul 9.16 pagi tadi. 

Beliau yang tiba bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 pagi turut menyifatkan kesesakan di bandar Muar merupakan petanda baik ramai yang pulang mengundi. 

Memetik laporan BH Online, Muhyiddin turut menyasarkan sehingga 70 hingga 80 peratus pengundi menjalankan tanggungjawab berdasarkan pola kesesakan tersebut. 

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Keseluruhannya seramai 239 calon menawarkan diri yang terdiri daripada 10 parti dan Bebas.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka untuk proses pengundian hari ini.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB