[KEMASKINI]: Hanya 46% telah buang undi setakat 3 petang– SPR

SEBANYAK 46 peratus pengundi telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat pukul 3 petang tadi.

Statistik berkenaan dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam ciapan di Twitter.

Johor mempunyai lebih 2.5 juta pemilih yang bertanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Sebanyak 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. – SB