SERAMAI 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi, dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Sebanyak 36,729 kertas undi pos telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala kira-kira 87 peratus atau 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan menjalankan tanggungjawab mengundi awal, pada Selasa (8 Mac) lepas.

SPR membuka 1,021 pusat mengundi di seluruh 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Ikuti perkembangan terkini di SatuBerita.My – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.