[VIDEO] Muar sesak, lebuh raya PLUS sibuk, pengundi balik kampung

0
463

Muar sesak, lebuh raya PLUS arah selatan kenderaan bertambah luar biasa

Bandar Muar yang dilihat tenang sepanjang tempoh kempen sejak dua minggu lalu, kini didapati sesak menjelang hari mengundi esok.

Berita Harian melaporkan, sejak tengah hari tadi, bandar Muar dipenuhi kenderaan dipercayai golongan perantau yang pulang untuk menjalankan tanggungjawab mengundi esok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Keadaan itu menyebabkan perjalanan orang ramai agak terganggu dan terpaksa mengambil masa lebih panjang untuk ke destinasi tertentu berikutan tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Sementara itu info trafik Lembaga Lebuh Raya melaporkan beberapa jajaran di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Johor menunjukkan pertambahan bilangan kenderaan secara mendadak.

Antaranya laluan arah utara dari Senai ke Kulai, laluan arah selatan dari Putra Mahkota ke Nilai Utara dan dari Ayer Keroh menuju Jasin.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati memandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here