PERIKATAN Nasional (PN) hari ini menyifatkan penyebaran surat palsu menggunakan nama parti itu serta Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai taktik kotor pihak lawan yang terdesak pada saat akhir menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam PPN Johor yang dijadualkan pada 12 Mac 2022.
“Parti Perikatan Nasional menafikan kewujudan surat bertarikh 23 Februari 2022 yang mengunakan nama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan kepala surat parti sebagaimana yang tersebar semenjak malam semalam.
“PN percaya bahawa rakyat Johor tidak akan terpedaya dengan amalan kempen kotor sesetengah parti politik yang terdesak dan tidak dapat menerima gelombang sokongan rakyat terhadap calon dan ikrar Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hamzah yang juga Pengarah PRN Johor bagi PN berkata, seluruh jentera parti diseru untuk kekal fokus mendekati rakyat dan membawa aspirasi serta keprihatinan PN demi bangsa Johor dalam tempoh-tempoh akhir berkempen PRN Johor 2022. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.