Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dr M: Lawan 'perasuah, penyangak' bukan untuk orang muda saja -

Dr M: Lawan ‘perasuah, penyangak’ bukan untuk orang muda saja

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tugas melawan “perasuah, penyamun dan penyangak” itu bukan hanya terletak pada golongan yang masih muda.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Langkawi itu ia adalah tugas buat semua orang selagi mereka bernyawa.

“Perjuangan melawan perasuah-perasuah, penyamun-penyamun dan penyangak-penyangak bukan untuk (orang) yang muda saja. Selagi ada hayat perjuangan ini mesti diteruskan,” katanya melalui surat terbaru kepada pengundi Johor seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mahathir yang sebelum ini menjalani rawatan perubatan memberikan janji untuk menulis kepada pengundi Johor secara berkala sebelum mereka mengundi pada Sabtu ini.

Walaupun masih baru, Pejuang meletakkan calon di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

Isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi satu daripada bahan kempen untuk kebanyakan parti ketika UMNO-BN menampilkan susuk seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai tokoh yang mengumpulkan sokongan orang ramai.

Tambah Dr. Mahathir rasuah itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam kerana bahayanya tidak disedari ramai orang sehinggalah keadaan sudah terlewat untuk diselamatkan.

Kata bekas perdana menteri itu, Pejuang menentang orang yang melakukan kesalahan kembali mendapatkan kuasa.

“Parti Pejuang ditubuhkan untuk menentang penjenayah daripada kembali berkuasa kerana sudah tentu budaya buruk mereka – seperti tidak tahu malu – akan mempengaruhi kerajaan,” katanya.