Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Burger McDonalds dijual di pasaran gelap Rusia -

Burger McDonalds dijual di pasaran gelap Rusia

BEBERAPA produk makanan segera Amerika Syarikat iaitu McDonald’s dijual pada harga tinggi menerusi laman web selepas syarikat itu mengumumkan akan menutup “sementara” semua restorannya di Rusia, menurut Agensi Anadolu.

McDonald’s pada Selasa mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi di Rusia.

Penghentian operasi rantaian makanan itu berlaku berikutan peperangan berterusan Rusia terhadap Ukraine, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chris Kempczinski.

Beliau berkata menerusi e-mel terhadap pekerjanya bahawa “ia telah menyebabkan penderitaan terhadap mereka yang tidak bersalah.”

Beberapa hamburger dijual pada harga US$150, lapor Agensi Anadolu.

Cawangan McDonald’s pertama dibuka di Dataran Pushkin, Moscow pada 1990 serta dikunjungi sekitar 40,000 pelanggan pada hari pembukaan.

Perang Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Feb, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong kebanyakan firma global meninggalkan Rusia.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 516 orang awam terbunuh dan 908 yang lain cedera sejak Rusia mula menyerang negara itu pada 24 Februari, manakala jumlah sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Sementara itu, lebih 2.1 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, menurut data terbaharu dikeluarkan Agensi Pelarian PBB.

— BERNAMA