[VIDEO] Pengundi Bukit Pasir cenderung kepada Muhyiddin, PN

PRESTASI dan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu pandemik Covid-19 melanda kepada rakyat di setiap peringkat menjadikan kedua-duanya tarikan kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Menurut peniaga gerai, Abdul Rahman Ahmad, 51, dalam kalangan enam pihak yang bertanding, hanya PN yang diterajui Bersatu telah menunjukkan prestasi dan keprihatinan tinggi kepada rakyat yang kesusahan sewaktu negara dilanda pandemik dua tahun lepas.

“Apa yang saya lihat, berbanding yang lain, PN sahaja yang betul-betul buat kerja bantu rakyat, apa sahaja yang diperlukan diberikan tanpa bertangguh.

“Namun, selepas Abah (Tan Sri Muhyiddin) dijatuhkan, keadaan berubah tidak lagi semudah seperti yang dilakukan oleh beliau,” katanya ketika ditemui ketika tinjauan dilakukan SatuBerita pada Rabu.

Pendapat yang sama disuarakan oleh, peniaga makanan, Siti Azilah Abd Wahid, 32 yang menambah, bagi peniaga kecil sepertinya, bantuan yang diberikan sewaktu era PN dan Muhyiddin telah banyak membantu dirinya yang terjejas akibat pandemik.

Sebelum ini, ibu tiga anak berkenaan memberitahu dia bukan sahaja diberikan pelbagai bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup namun, selepas Muhyiddin disingkirkan, keperluan itu telah dihentikan.

“Jadi pastinya saya akan memilih Abah dan PN sebab banyak bantuan yang telah diberikan berbeza dengan yang sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, peniaga minuman, Siti Nor Aishah Ramli, 33 pengundi di Bukit Pasir ketika mengundi pada harus melihat kepada pemimpin dan kerajaan serta apa yang telah mereka lakukan selama ini.

“Terbaharu, orang baru dapat lihat apa yang PN dan Muhyiddin lakukan, orang lama melihat pada yang sebelumnya.

“Jadi berdasarkan itu, pengundi harus bijak memangkah undi dan memilih kerajaan yang betul,” katanya. – SB