Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Zahid mahu Puad sebagai calon MB Johor - Wan Saiful -

Zahid mahu Puad sebagai calon MB Johor – Wan Saiful

BERBAKI kurang empat hari bagi kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, Bersatu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu meletakkan calonnya sendiri sebagai menteri besar.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, calon berkenaan ialah ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang juga merupakan penyokong kuat bekas perdana menteri Najib Razak.

“Semasa saya ke Rengit baru-baru ini, saya mendengar khabar bahawa Datuk Mohd Puad Zarkashi telah beberapa minggu giat melobi untuk menjadi menteri besar menggantikan Datuk Hasni Mohamad sekiranya Umno menang.b

“Khabarnya, antara hujah yang digunakan adalah, sebagai Ahli MKT yang dilantik sendiri oleh Zahid Hamidi, dia boleh membawa UMNO Johor lebih rapat dengan agenda presiden UMNO berbanding Datuk Hasni.

“Dan Puad dikatakan telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Zahid dan Najib, maka sekarang adalah masa untuk menerima ganjaran,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Wan Saiful berkata, kemungkinan disebabkan itulah Puad diberi watikah oleh Zahid untuk bertanding di DUN Rengit, walaupun ahli MKT UMNO itu sudah lama mengidam kerusi parlimen.

“Sekiranya berita ini betul, maka malang sekali untuk maruah bangsa Johor. Puad penyokong tegar Najib dan Zahid ini akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk agenda peribadi dia dan boss-bossnya,” kata Wan Saiful.