Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuariti tertimbus -

Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuariti tertimbus

DUA lelaki hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di kawasan Tambun, Simpang Pulai, Perak, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.40 pagi dan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi itu, pengurus kuari memaklumkan terdapat runtuhan batu melibatkan empat mangsa termasuk dua Orang Asli. Laporan awal komander operasi memaklumkan, dua mangsa dapat menyelamatkan diri dan dua orang hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) hadir ke lokasi kejadian bagi membantu mencari mangsa yang tertimbus dan operasi pencarian masih lagi dijalankan. 

Pemerhatian Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan penyelamat sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat manakala kedua-dua mangsa yang selamat berusia lingkungan 40 dan 50-an diberi rawatan segera.

Jabatan Mineral dan Geosains juga sedang melakukan penilaian risiko di lokasi runtuhan. – BERNAMA