SEBANYAK RM29.13 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan infrastruktur awam yang rosak akibat bencana yang melanda Lembah Klang.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembaikan ini membabitkan kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen dan berkala bukan pavemen, penyenggaraan
Kelulusan peruntukan sebanyak RM 29.13 juta itu membabitkan 50 kerja penyenggaraan dan sebanyak lima kerja sudah disiapkan iaitu empat kerja penyenggaraan berkala pavemen dan satu kerja penyenggaraan jambatan.
“Sementara, baki 45 bilangan kerja penyenggaraan akibat banjir di kawasan Lembah Klang di dalam proses pembinaan dan dijangka disiapkan sepenuhnya pada Julai depan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, kementeriannya bertanggungjawab untuk melaksanakan pembaikan infrastruktur awam yang berlaku di jalan persekutuan saja, manakala kerosakan infrastruktur di jalan negeri, di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan peruntukan pembaikan adalah di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
“Kementerian ini bersama-sama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau lokasi-lokasi Jalan Persekutuan yang berisiko menghadapi kejadian banjir.
“Sekiranya terdapat keperluan untuk menaik aras pihak JKR Daerah akan membuat permohonan kepada Ibu Pejabat JKR bagi tujuan permohonan kelulusan peruntukan,” katanya.
Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari pada Disember lalu, mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 20,000 mangsa dipindahkan ke 110 pusat pemindahan sementara (PPS). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.