Fesyen pelik Aina Abdul jadi ‘bahan’ jenaka 

0
1285

KALAU tak pelik, bukan Aina Abdul namanya. Sejak semalam, heboh dalam media sosial memperkatakan tentang pakaian penyanyi ini sempena final Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Sekali lagi, gaun ungu yang digayakan ketika menyanyikan lagu Nafas Cinta bersama Khai Bahar mencuri tumpuan apabila dia menjadi ‘sepasu bunga’ yang mencuri perhatian semua.

Busana yang direka penuh dengan bunga serta ranting pokok itu kelihatan sangat berbeza apabila Aina turut memakai sepasang kasut yang seakan akar sebatang pokok.

Fesyen digayakan Aina sebelum ini sentiasa mengundang perhatian peminat dan netizen dalam apa saja acara hiburan disertainya, begitu juga ketika muncul di pentas AJL.

Dia pernah tampil pelik dengan menyarungkan busana yang diperbuat daripada comforter dan winter coat sempena Separuh Akhir Muzik-Muzik awal tahuh ini.

“Ah sudah, dia bawa taman bunga pula atas pentas. Apa-apa pun persembahan dia memang mantap,” kata Amiruddin.

“Macam Fiesta Floria Putrajaya,” tulis seorang peminat.

“Mujur Khai Bahar tak pakai kostum pokok. Kalau tak mesti perfect,” kata seorang peminat secara sinis.

“Aku rasa Aina ni nak dikenali dengan fesyen yang pelik. Lagi orang tertanya-tanya, lagi orang kenal dia macam Lady Gaga,” kata seorang lagi.

Sebenarnya fesyen aneh yang digayakan penyanyi berusia 29 tahun merupakan rekaan pereka fesyen Melinda Looi berkonsep couture yang menggunakan lima warna. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here