Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif Covid-19 -

116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif Covid-19

SERAMAI 116 pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut disahkan positif COVID-19 dalam tempoh seminggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

“Selain pegawai dan anggota berkenaan, seramai 134 ahli keluarga mereka turut positif wabak itu. Tiada sesiapa dirawat di hospital setakat ini kerana mereka dalam kategori satu dan dua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata jangkitan wabak itu dalam kalangan pegawai dan anggota setakat ini tidak mengganggu penugasan dan operasi di IPD Timur Laut.

Katanya pihaknya menjalankan sanitasi secara berkala di premis berkenaan selain memastikan polis dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.- BERNAMA