Yakin gelombang sokongan menyeluruh terhadap PN di DUN Johor Lama

0
322

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERIKATAN Nasional (PN) yakin pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama akan memberikan sokongan terhadap calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keyakinan tersebut berasas apabila dilihat kepada sambutan kempen yang diberikan terhadap calon PN bagi kerusi DUN Johor Lama, Mohamad Alias Rasman.

“Sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti masyarakat cina di DUN Johor Lama.

“Calon Perikatan Nasional bagi N. 37 Johor Lama Alias Rasman adalah calon muda yang mempunyai latar belakang sebagai peguam.

“Saya percaya gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional ini adalah sokongan menyeluruh daripada semua lapisan masyarakat,” ujar beliau dalam Facebook miliknya, hari ini.

Hamzah yang juga Pengarah Jentera PRN Johor PN bagi PN turut memuat naik foto beliau bersama-sama Mohamad Alias semasa membantunya berkempen di kawasan berkenaan termasuk ketika menyantuni masyarakat Cina.

Mohamad Alias (tengah) ketika hadir dan mendengar ucapan Hamzah dalam satu majlis bersama-sama komuniti Cina di Johor Lama, Kota Tinggi

Mohamad Alias, 31, menawarkan politik khidmat meliputi aspek pendidikan, ekonomi dan sosial kepada penduduk termasuk 32,658 pengundi di DUN tersebut.

Beliau mahu membawa idea-idea baharu termasuk menerusi skop pendidikan khususnya pelaksanaan program untuk memupuk kesedaran masyarakat supaya celik soal hak dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang.

Katanya, DUN Johor Lama antaranya melibatkan enam kawasan Felda iaitu Air Tawar 2, Pasak, Air Tawar 3, Lok Heng Selatan, Lok Heng Barat dan Lok Heng Timur selain kampung tradisi dan taman perumahan bandar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here