
SAMBUTAN yang amat memberangsangkan dan semakin meningkat kepada Perikatan Nasional (PN) telah menimbulkan kegerunan serta kegusaran kepada pihak lawan sehingga mereka sanggup menggunakan taktik kotor untuk mensabotaj acara kempen gabungan itu.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika mendedahkan perkara ini berkata, antara cubaan sabotaj yang dijalankan ialah dengan menghantar individu tertentu menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghentikan program PN daripada berlangsung.
Menurut beliau, pihak lawan bertindak demikian amat bimbang dengan keadaan itu kerana bimbang sambutan yang diberikan kepada PN itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac depan.
Jelas beliau, jika itu berlaku, maka segala perancangan pihak lawan untuk mendapatkan kuasa memerintah negeri ini akan gagal.
“Sejak PN melaksanakan program-programnya sempena PRN ini kita lihat ribuan rakyat telah hadir memberikan sokongan.
“Bahkan, dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh ahli akademik yang dikeluarkan dua lalu mendedahkan pengundi bulan Melayu lebih menyayangi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin,” katanya ketika berucap pada program ceramah PN di Kompleks Pas Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang Darat, Rengit pada malam Sabtu.
Justeru, beliau mengingatkan pengundi Johor untuk turun beramai-ramai pada hari pengundian bagi merubah masa depan mereka. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.