Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
345 pegawai JPJ bawa senjata api ketika beroperasi - Ketua Pengarah -

345 pegawai JPJ bawa senjata api ketika beroperasi – Ketua Pengarah

SEJUMLAH 345 pucuk senjata api digunakan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara ketika beroperasi ketika ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim.

Beliau berkata penggunaan senjata api dalam kalangan anggota JPJ adalah penting terutama ketika menghadapi ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

“Setiap hari anggota JPJ terutamanya yang terlibat dalam penguatkuasaan menghadapi ancaman dan justeru itu penggunaan senjata api adalah penting bagi memberikan keyakinan kepada pegawai dan anggota.

“Walaupun hanya pegawai yang dibolehkan membawa senjata namun ia akan memberi keyakinan kepada anggota lain yang menjalankan tugasan di lapangan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kursus Asas Pengendalian Senjata Api melibatkan 45 pegawai dan anggota JPJ Kelantan dan Ibu Pejabat yang diadakan selama empat hari di Lapang Sasar Gunong, di sini hari ini.- BERNAMA