PN terus mendapat sokongan Bangsa Johor

PERIKATAN Nasional (PN) berterusan mendapat sokongan yang bertambah daripada pengundi di Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini.

Seperti mana yang dapat dilihat dalam siri-siri ceramah yang telah berlang sejak bermulanya PRN ini dengan berlangsung sesi penamaan calon pada 25 Februari lepas, sambutan daripada pengundi di negeri ini dilihat semakin hari semakin menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan.

HADIRIN ke ceramah ceramah PRN PN di Rengit, Batu Pahat pada malam Sabtu menyalakan lampu telefon pintar masing-masing sebagai tanda sokongan kepada pimpinan dan calon-calon PN. – SB

Keadaan yang sama dapat dilihat pada sesi ceramah PRN yang berlangsung pada malam Sabtu di Kompleks Pas Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang Darat di Rengit.

Bilangan kehadiran yang memberangsangkan dapat dilihat walaupun acara pada malam ini diselia oleh peraturan Aturan Operasi Piawai (SOP) ketat bagi aktiviti kempen yang telah ditetapkan oleh pihak Surahnjaya Pilihan Raya (SPR).

ANTARA pengundi muda yang hadir ke PRN PN di Rengit, Batu Pahat pada malam Sabtu. – SB

Pada acara malam ini, orang ramai dapat dilihat memberikan sambutan meriah bukan sahaja kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi juga kepada Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan juga Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Sambutan meriah turut diberikan kepada Naib Presiden Bersatu Sarawak, Datuk Ali Biju; calon DUN Rengit PN, Mohd Huzair Lajis dan Calon DUN Senggarang PN, Khairul Faizi Ahmad Kamil. – SB