Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki OKU korban kelima banjir di Kelantan -

Lelaki OKU korban kelima banjir di Kelantan

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 20 tahun yang dilapor hilang Rabu lepas, ditemukan lemas berdekatan rumahnya di Kampung Tok Sangkut dekat Repek, Pasir Mas, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki itu yang mempunyai masalah pembelajaran dilapor hilang ketika bermain air di hadapan kedai milik keluarganya.

Mayat Muhamad Faizal Ab Rahman ditemukan pada pukul 10 pagi oleh pasukan penyelamat, tidak jauh dari kawasan dia dilapor terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk kampung. Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian terbaharu itu merupakan kes ketiga melibatkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang kelima bagi negeri ini.

— BERNAMA