Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ibu pejabat Met Malaysia ditutup kerana gangguan teknikal -

Ibu pejabat Met Malaysia ditutup kerana gangguan teknikal

IBU Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server.

“Susulan kepada gangguan teknikal di bilik server ini, capaian awam terhadap laman web iaitu www.met.gov.my dan mygempa.met.gov.my serta aplikasi myCuaca adalah tergendala, sehingga diberitahu kelak,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya.

“Justeru, hebahan maklumat terkini mengenai cuaca akan dimaklumkan melalui laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter,” menurut kenyataan itu. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berada ibu pejabat MetMalaysia bagi mengenal pasti punca gangguan teknikal itu, dan laporan lanjut punca kejadian akan dimaklumkan kelak. 

Menurut kenyataan itu demi memastikan kelangsungan perkhidmatan MetMalaysia, Pasukan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) sedang berusaha menangani krisis berkenaan agar semua perkhidmatan dapat berfungsi seperti sediakala dengan secepat mungkin.

Menurutnya perkembangan lanjut mengenai perkara in akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pusat Komunikasi Krisis yang telah diwujudkan. 

— BERNAMA