MAJLIS Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat esok berhubung pemilihan calon Menteri Besar Johor setelah menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon tersebut bakal diumumkan selepas mesyuarat tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut tentang calon-calon yang disenarai pendek.
Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita semasa program turun padang bersama calon PN bagi kerusi Dewan Umdangan Negeri (DUN) Johor di pekan Pagoh, hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.