KWSP isytihar dividen 2021: 6.10% simpanan konvensional, 5.65% simpanan syariah

0
433
KWSP

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen bagi 2021 adalah sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional manakala 5.65 peratus bagi Simpanan Syariah.

Jumlah tersebut adalah melebihi peratusan dividen yang diumumkan KWSP pada 2019 iaitu 5.45 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5 peratus untuk Simpanan syariah.

Pengagihan dividen kali ini juga merupakan paling tinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM57.1 bilion bagi Simpanan Konvensional.

Jumlah tersebut adalah mengatasi jumlah tertinggi yang pernah diumumkan KWSP iaitu sebanyak RM48.13 bilion pada 2017.

Bagi Simpanan Syariah, KWSP mengumumkan pengagihan dividen sebanyak RM6.27 bilion secara keseluruhan.

Memetik laporan Berita Harian, dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini.

Dalam tempoh 20 tahun, untuk pertama kalinya KWSP mencatatkan caruman bersih negatif iaitu sebanyak RM58.2 bilion.

Begitupun, KWSP tetap berhemat dalam strategi pelaburan jangka panjang selai menyesuaikan diri terhadap cabaran dalam memastikan pulangan mampan jangka panjang.

Setakat Disember 2021, sebanyak 553,000 majikan telah berdaftar dengan KWSP manakala jumlah keahlian pula meningkat sebanyak dua peratus kepada 15.2 juta. – SB