TIGA balai dan sebuah pondok polis di Terengganu ditutup selepas dinaiki air ketika banjir gelombang kelima yang bermula Jumaat lalu.
Antara yang terjejas teruk ialah Balai Polis Kuala Jengai di Dungun.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa mengesahkan balai itu antara yang paling teruk terjejas akibat bencana itu selepas dinaiki air bermula semalam.
Menurutnya, hujan berterusan menyebabkan balai dan kuarters yang menempatkan 10 anggota dan 23 ahli keluarga itu mula dinaiki air jam 10 pagi.
“Dua lagi balai yang terkesan akibat banjir ialah Balai Polis Manir di Kuala Terengganu dan Balai Polis Air Putih di Kemaman serta Pondok Polis Pasir Raja, Dungun,” katanya.
Rohaimi berkata, kesemua anggota yang berada di balai dan pondok yang terjejas selamat dan sudah dipindahkan.
Katanya, semua aset serta peralatan komunikasi yang terdapat di balai dan pondok berkenaan juga dipindahkan.
“Setakat ini, kesemua balai dan pondok yang terjejas juga masih ditutup,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.