Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Permohonan bantuan khas kepada pengusaha pelancongan dibuka esok -

Permohonan bantuan khas kepada pengusaha pelancongan dibuka esok

PERMOHONAN bantuan kewangan tahun 2022 dengan peruntukan RM85 juta untuk lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dibuka mulai Selasa, 1 Mac hingga 15 Mac ini.

Syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan (TOBTAB) dan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) akan dibayar RM9,000; pengusaha spa dan pusat urutan kaki (RM3,000); pemandu pelancong (RM1,500) dan pengusaha inap desa (homestay) RM1,800.

“Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak dua kali mulai Mac dan Mei 2022,” kata MOTAC dalam kenyataannya pada Isnin.

Pada tahun lepas (2021), kerajaan melalui MOTAC telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM61 juta yang memanfaatkan seramai 29,286 penggiat industri pelancongan.

MOTAC berkata, bantuan kewangan tahun 2022 itu adalah usaha berterusan kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik Covid-19.
 
“Diharap inisiatif ini dapat membantu industri pelancongan negara untuk terus berdaya saing seterusnya dapat membantu memulihkan semula sektor pelancongan negara,” kata MOTAC yang telah menambah baik kriteria pemohon agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

MOTAC berkata, ia menyasarkan 2022 sebagai tahun bagi industri bangkit semula daripada kegawatan perniagaan yang dialami sejak dua tahun lepas.

 Semua pemandu pelancong, syarikat TOBTAB, MM2H, pengusaha spa; pusat urutan kaki dan pengusaha inap desa yang layak diminta mengemukakan permohonan kepada MOTAC secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi www.motac.gov.my. – SB