SEMPADAN negara dijangka akan dibuka sepenuhnya sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) Omicron terus menurun dari semasa ke semasa.
Keyakinan itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitter beliau hari ini.
Menurut Khairy, data harian yang diperolehnya menunjukkan penurunan kes yang stabil sehingga menurun kepada 1.05 Rt.
“Bagaimanapun terlalu awal untuk menganggap kita telah melepeasi kemuncak Omicron. 96 peratus kes aktif pulih di rumah dan hospital adalah terkawal.
“jika data seperti ini berterusan, pembukaan penuh sempadan dan langkah-langkah domestik yang lebih santai akan turut menyusul,” katanya.
Berdasarkan data yang dikongsi Khairy, terdapat 3,397,336 kes tempatan manakala 22,300 kes import direkodkan setakat malam 12.00 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 300,692 kes adalah aktif dengan 1,716 adalah kes aktif baharu. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.