Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Al-Sultan Abdullah tegur isu rasuah di Malaysia -

Al-Sultan Abdullah tegur isu rasuah di Malaysia

ISU rasuah yang berlaku di Malaysia perlu dipandang serius dalam membina sebuah negara bangsa yang telus dan berintegriti, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Peringatan Yang di-Pertuan Agong itu turut mendapat reaksi spontan Ahli Dewan Rakyat dengan menepuk meja sebagai tanda sokongan sebaik sahaja Seri Paduka bertitah mengenai isu tersebut.

Seri Paduka percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.

Titah Al-Sultan Abdullah, kerajaan juga sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif kerajaan digital secara hujung ke hujung supaya lebih telus, cekap dan profesional.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas taat setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, serta agensi kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti menjadikan Malaysia aman dan makmur. – Bernama