Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Isu banjir, kesesakan lalu lintas jadi fokus Wee Yet bantu rakyat di Penggaram -

[VIDEO] Isu banjir, kesesakan lalu lintas jadi fokus Wee Yet bantu rakyat di Penggaram

SELEPAS dua penggal berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), kini Ronald Sia Wee Yet masih mahu terus berkhidmat kepada rakyat demi menyelesaikan impian yang belum terlaksana sepenuhnya.

Kini, peluang terbuka luas buat Wee Yet untuk meneruskan khidmat rakyat menggunakan platform lebih besar iaitu selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), jika memenangi kerusi Penggaram, di Batu Pahat, Johor.

Ahli perniagaan berusia 43 tahun ini dipilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac ini.

“Kali ini saya menawarkan diri untuk mendapatkan amanah daripada penduduk di Batu Pahat supaya saya boleh mendapatkan satu platform yang baru untuk berkhidmat kepada Batu Pahat,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Jika diberi peluang untuk dilantik sebagai ADUN, Wee Yet yang memiliki ijazah Sarjana Muda (kepujian) Perniagaan Komputer mahu melaksanakan dua fokus utama bagi memastikan keselesaaan penduduk sekitar Batu Pahat.

“Ada dua masalah utama di Batu Pahat. Pertamanya banjir, masalah ini daripada dahulu sehingga sekarang tidak selesai.

“Beberapa kali saya bangkitkan masalah ini dalam MPBP dan juga melalui usaha rakan-rakan ahli majlis yang lain, tetapi sepanjang tempoh perkhidmatan saya tidak dapat selesaikan masalah ini.

“Jadi saya perlukan platform lebih besar untuk menangani masalah ini,” katanya yang mengakui masalah itu kerap menghantui penduduk dan membabitkan kerugian yang besar.

Selain isu banjir, Wee Yet yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Rasa Sayang Bandar Penggaram menegaskan,
penduduk di Batu Pahat juga berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang memerlukan penyelesaian segera secara berkesan.

“Di Batu Pahat juga ada masalah kesesakan lalu lintas. Ini merupakan satu fokus utama saya. Jika saya diamanahkan sebagai ADUN di Dun Penggaram, dua isu ini adalah fokus utama yang perlu diselesaikan,” katanya.

Wee Yet, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta calon Bebas bagi merebut kerusi Penggaram.

Berdasarkan daftar pemilih terkini untuk PRN Johor, seramai 69,148 pengundi layak mengundi dengan 55 peratus daripada mewakili kaum Cina bagi DUN Penggaram dengan pecahan 33,879 pengundi lelaki dan 35,269 pengundi wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala hari mengundi awal pada 8 Mac dan hari mengundi pada 12 Mac nanti. – SB