Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
27,299 kes baharu pada Sabtu, menurun lebih 3,000 kes -

27,299 kes baharu pada Sabtu, menurun lebih 3,000 kes

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan sebanyak lebih 3,000 kes apabila 27,299 kes direkodkan di seluruh negara pada Sabtu.

Angka berkenaan menurun sebanyak 3,345 kes berbanding jumlah kes sebanyak 30,644 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif semalam itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes kini mencecah 3,395,170 kes.

Katanya, daripada jumlah kes positif harian itu, sebanyak 27,043 kes dikenalpasti sebagai penularan tempatan sementara 256 lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut beliau, majoriti kes adalah daripada kategori dua dengan gejala iaitu sebanyak 18,324 kes atau 67.12 peratus direkodkan.

Manakala 8,846 atau 32.41 peratus adalah kategori satu, sementara kategori tiga sebanyak 62 kes, kategori empat (33 kes) dan kategori lima (34 kes).

“Daripada pesakit dalam kategori tiga hingga lima, sebanyak 71 kes (55.04 peratus) membabitkan pesakit yang sudah mendapatkan dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak. Kumpulan ini mungkin kerana imuniti COVID-19 sudah menurun.

“Sebanyak 65 kes atau 50.39 peratus membabitkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai komorbid (35 kes), tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian (32 kes), sudah mendapatkan dos penggalak (26 kes) dan ibu mengandung (satu kes),” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, tujuh kluster baharu dikenal pasti menjadikan sehingga kini terdapat 494 kluster yang masih aktif di negara ini.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 22,710 kes pulih dilaporkan, semalam menjadikan seramai 3,063,560 individu sudah pulih sepenuhnya daripada wabak berkenaan.–SB