PRN Johor: Proses penyerahan borang berakhir 10 pagi tadi

PROSES penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir pada pukul 10 pagi ini.

Proses yang bermula pada pukul 9 pagi melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, berjalan lancar.

Sebaik proses penyerahan borang selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti tidak dibenarkan di pusat-pusat penamaan calon.

Hanya calon serta pencadang dan penyokong calon tersebut dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon. — Bernama