CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang ditukar pada saat-saat akhir.
Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha UMNO Bahagian Muar, Selamat Takim, 57, menggantikan Mohd Helmi Abdul Latif.
Khamis lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan Mohd Helmi akan bertanding di kerusi berkenaan.
Walau bagaimanapun, difahamkan pertukaran calon berlaku dalam masa kurang 24 jam selepas akar umbi di Sungai Balang membantah keputusan pucuk pimpinan mencalonkan Mohd Helmi.
Mereka menyifatkannya sebagai ‘orang luar’.
Selain itu, BH pada Khamis lalu turut melaporkan pertukaran calon BN bagi kerusi DUN Tanjung Surat.
Datuk Syed Sis Abd Rahman digantikan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.