Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UMNO tukar calon selepas kurang 24 jam umum -

UMNO tukar calon selepas kurang 24 jam umum

TIDAK sampai 24 jam selepas pengumuman rasmi dibuat, UMNO membuat pertukaran calon sekurang-kurangnya di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Berita Harian melaporkan, difahamkan, dua kerusi berkenaan ialah DUN Sungai Balang dan Tanjung Surat, yang masing-masing terletak dalam kawasan Parlimen Muar dan Pengerang.

Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Fadzmel Fadzil, ketika dihubungi BH, berkata calon baharu dipertaruhkan bagi DUN Tanjung Surat ialah Aznan Tamin.

Aznan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang diberikan watikah pencalonan menggantikan Datuk Syed Sis Abd Rahman.

Ditanya asas di sebalik pertukaran sedemikian, Fadzmel berkata: “Ia keputusan pucuk pimpinan.”

Kata putus mengenai pertukaran calon bagi DUN Sungai Balang sehingga kini belum dimuktamadkan, namun nama baharu yang disebut-sebut ialah Selamat Takin, menggantikan Mohd Helmi Abd Latif.