Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: Warisan tanding enam kerusi -

PRN Johor: Warisan tanding enam kerusi

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PARTI Warisan (Warisan) mengumumkan akan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, parti itu akan bertanding di DUN Pekan Nenas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

“Calon-calon yang akan bertanding adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nenas), A. Sandra Segara (Bekok) dan Mohamed Noor Suleiman (Mahkota).

“Tiga nama lagi adalah Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lee Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon Parti Warisan bagi PRN Johor di Johor Bahru, hari ini. – SB