Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Misha Omar lunas tanggungjawab -

Misha Omar lunas tanggungjawab

SESUDAH dua tahun tidak dapat melakukan persembahan berskala besar, akhirnya kebanyakan acara hiburan sudah boleh dilakukan dengan beberapa pematuhan peraturan yang ketat.

Begitu juga dengan penyanyi Misha Omar, 40, yang gembira dapat menghiburkan penonton apabila mengadakan majlis amal makan malam baru-baru ini.

Dengan tema Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner, dia menghiburkan sejumlah penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat yang sanggup mengeluarkan duit membeli tiket menonton persembahannya.

“Saya teruja kerana ramai yang datang memberikan sokongan. Sudah lama kita tidak mengadakan acara begini sejak Covid-19 melanda dunia dan kali ini barulah dapat bersama.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan ini juga akan menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja lebih keras dalam bidang muzik,” katanya.

Menariknya, acara makan makam amal yang dianjurkan oleh The H Entertaiment itu bukan sekadar hiburan semata-mata sebaliknya adalah acara amal untuk membantu beberapa pihak.
 
Diadakan baru-baru ini di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, usaha murni ini disambut dengan baik oleh golongan korporat, para selebriti serta orang perseorangan.

Menariknya beberapa tetamu istimewa turut hadir memberikan sokongan termasuklah YAM Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan puteri sulung kepada Raja Muda Perlis serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib
 
“Saya gembira dapat menghiburkan tetamu dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk diagihkan kepada pihak yang sudah dipilih.

“Selain berhibur, kita juga beramal dan tidak melupakan nasib orang lain yang memerlukan. Ini sahaja yang saya mampu lakukan untuk membantu mereka dan harapnya usaha sebegini akan berterusan pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Dalam acara tersebut, Misha tidak keseorangan sebaliknya turut bersama dengan Dafi dan Zarol Zarif yang diundang menjadi penyanyi jemputan.

Malam itu, Misha menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu popular seperti Sembunyi, Dedebu Cinta, Tanpa Rela serta medley lagu Whitney Houston berjudul Run To You, I Have Nothing dan One Moment In Time.
 
Dia kemudian mengembalikan ingatan penonton terhadap lagu-lagu runut bunyi nyanyiannya iaitu Pulangkan dan Ku Seru sebelum menyanyikan lagu popular Allahyarham Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Melengkapkan acara, yang berasal dari Kelantan itu turut mendendangkan lagu Sampai Bila, Halaman Cinta, Semkga Abadi, Cinta Adam & Hawa dan menutup acara dengan lagu Bunga-Bunga Cinta.

Sejumlah kutipan tiket pula akan diserang kan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi (PERSEDIM), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dan beberapa yayasan kebajikan yang lain.–SB