Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
41 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan air tidak berjadual -

41 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan air tidak berjadual

SEBANYAK 41 kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai Jumaat.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, gangguan itu susulan kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Jelutong U8 di Shah Alam.

Berikutan itu, pihak Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan sistem elektrikal yang telah bermula pada 9.30 pagi tadi.

Antara lokasi terjejas di Shah Alam dan Klang ialah Bandar Putera, Bukit Kemuning, Kampung Kebun, Sungai Kandis, Taman Bukit Rimau dan Jalan Datuk Dagang.

Sebanyak 13 kawasan terlibat di wilayah Petaling antaranya Pinggiran USJ, Putra Evenue, Putra Harmoni, Putra Setia dan USJ Height.
Status bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.  – Bernama