Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Felcra agih keuntungan RM272.75 juta, meningkat 200 peratus -

Felcra agih keuntungan RM272.75 juta, meningkat 200 peratus

SEJUMLAH 72,509 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) bernilai RM272.75 juta bagi tahun 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ia menjadikan keseluruhan keuntungan Boleh Agih Felcra bagi tahun 2021 berjumlah RM475.2 juta, peningkatan hampir 200 peratus berbanding keuntungan pada 2020 yang berjumlah RM159.086 juta.

“Peningkatan harga kelapa sawit membantu memberi keuntungan agihan lebih, walaupun Felcra antara syarikat yang terkesan akibat COVID-19 .

“Namun, cabaran itu tidak menghalang bagi Felcra meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan pulangan dividen kepada para pesertanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Peserta Felcra Berhad 2021 hari ini.

Mahdzir berkata fasa pertama bagi Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 berjumlah RM136.37 juta akan diagihkan esok iaitu dua bulan lebih awal dari kebiasaan manakala agihan fasa kedua berjumlah RM136.37 juta akan disalurkan pada April.

Sebelum ini, Felcra mengagihkan Keuntungan Boleh Agih bagi Agihan Interim Satu pada Ogos 2021 berjumlah RM76.22 juta dan Agihan Interim Dua pada November 2021 berjumlah RM126.23 juta.

Sejumlah RM42.5 juta keuntungan Boleh Agih Projek Peserta Felcra bakal dinikmati oleh 8,853 pesertanya di Johor.

Katanya, selain itu Felcra memberi kelulusan pelaksanaan Projek Perlengkapan Kampung khusus untuk Peserta Wilayah Johor.

— BERNAMA