[VIDEO] ‘Tak terfikir hutang boleh selesai, terima kasih Tan Sri’, kata peneroka Felda

0
874

DENGAN jumlah hutang mencecah lebih RM100,000, tidak terlintas di fikiran kebanyakan peneroka Felda, hutang tersebut satu hari nanti boleh dilangsaikan.

Rohaizad Abdullah generasi kedua peneroka Felda Taib Andak, Kulai berkata, sebelum ini ramai peneroka beranggapan usaha menjelaskan hutang itu sesuatu mustahil.

“Tak pernah difikir. Pandangan saya memang Tan Sri (Muhyiddin Yassin) ni memang nak menolong orang kita. Hutang hingga 80 peratus dipotong. Dari 100,000 lebih ada tinggal RM20,000, RM40,000.

“Tak terfikir langsung bagaimana Tan Sri dapat idea untuk memotong hutang begitu banyak setiap peneroka. Alhamdulillah peneroka di sini ucap berbanyak terima kasih kepada Tan Sri,” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadiri Program Ramah Mesra Warga Felda di Felda Taib Andak di Kulai, pada Rabu.

Keputusan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion
secara bersyarat dibuat pada era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun lalu.

Seramai 92,441 orang peneroka iaitu meliputi 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 warga peneroka Felda dijangka menerima manfaat tersebut.

Rohaizad berkata, keputusan itu turut menyaksikan ada sesetengah peneroka berjaya melangsaikan keseluruhan hutang mereka.

“Ada yang terus habis. Macam saya terus habis sebab saya tidak ambik pinjaman semula,” ujarnya.

Seorang lagi peneroka, Ramdan Saad berkata, tanpa bantuan kerajaan hutang tersebut tidak dapat dilangsaikan kerana ia diwarisi daripada generasi pertama.

“Banyak membantu mengurang hutang, kalau tak kita sampai pokok tebang semula hasil hutang pun tak habis-habis. Tanam yang baru akan naik hutang lagi,” ujarnya.

Menurutnya, generasi pertama Felda terpaksa berhutang kerana pada masa itu hasil tanaman belum ada.

Katanya, kejatuhan harga komoditi itu memburukkan lagi keadaan sehingga kerajaan memberi bantuan sara hidup.

“Jadi hutang ada lebih kurang RM100,000 setiap peneroka. Jadi dah lupus lebih 80 peratus.

“Baguslah. Kalau tak saya generasi kedua kena tanggung hutang itu. Jadi sekarang ini memang saya kena bayar hutang itu tapi tak 100 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here