[VIDEO] Pemandu cedera, lori terhumban di jambatan runtuh

SEBUAH lori yang membawa muatan surat khabar terhumban bersama sebatang jambatan yang runtuh dalam satu kejadian di Tranum berhampiran Tokong Cina Tras di Raub, Pahang pada Selasa.

Pemandu lori berkenaan yang berusia 30 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong bagi rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi apabila lori berkenaan terperangkap selepas jambatan itu runtuh ketika sedang melintasinya.

“Susulan kejadian, jalan di situ ditutup di kedua-dua belah arah dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, runtuhan jambatan berkenaan adalah susulan hujan lebat yang bermula sekitar jam 11.30 malam sehingga 3 pagi tadi. –SB