Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hishammuddin positif Covid-19 -

Hishammuddin positif Covid-19

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pejabat kementerian tersebut pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala, selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” ujar kenyataan itu lagi. – SB